Kcynodia
this site the web

Apabila Ibu Tiri Mendera...

Terkejut juga membaca kes penderaan yang dilakukan oleh ibu tiri. Tak serik-serik lagi ke? Dah tau penderaan itu kezaliman. Tapi tetap kemarahan, emosi dan ketidakpuashatian menjadi raja di dalam hati. Baca saja berita di bawah ini untuk selanjutnya...



Oleh Zulhilmi Hat
hilmi@bharian.com.my

Remaja Parah diseterika Ibu Tiri


KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun cedera parah, dipercayai didera ibu tirinya dengan ditekap seterika panas dan dipukul menggunakan batang besi.

Siti Nor Aishah Mohd Yusof dari Flet Bandaraya Sentul di sini, cedera parah di paha kanan dan betis kiri, dirawat di Wad Kecemasan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak Jumaat lalu. Dia dipercayai didera ibu tirinya sejak setahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II Ku Chin Wah, ketika mengesahkan kejadian itu semalam berkata, seorang wanita berusia 30-an yang ada hubungan kekeluargaan dengan mangsa ditahan untuk membantu siasatan.

Sementara itu, jiran mangsa yang enggan dikenali berkata, beliau mengetahui mengenai kejadian berkenaan selepas anaknya membawa remaja itu menemuinya kira-kira jam 12 tengah hari, Jumaat lalu untuk membantunya membuat laporan polis.

"Selepas beliau menceritakan bahawa dia didera ibu tirinya, saya terus membawanya ke Balai Polis Jinjang untuk membuat laporan," katanya.

Beliau berkata, remaja terbabit turut mengalami tekanan perasaan dan asyik menangis ketika diminta menceritakan semula kejadian dia didera.





*Harap dengan kes ini menjadi pengajaran dalam sanubari kita bersama. Kasihan dengan situasi tekanan, kecederaan di bahagian paha dan betis kirinya yang dialami oleh adik Aishah ni. Jangan biarkan frasa 'ibu tiri' terus dibayangi dengan sifat jahat yang ditakuti oleh anak-anak.

12 comments:

zino said...

dalam zaman moden ni pun masih ada cerita cerita ala zaman p ramlee dulu ya.. macam mana dia boleh bagitu zalim dengan anak tu.. di mana bapa budak tu.. kesian kesian..

al-hussaini said...

to zino: kadang-kadang kalau bertindak mengikut emosi, beginilah jadinya. Bagus juga pertanyaan tu...di mana ayahnya? mungkin ayahnya lebih sayangkan bini rasanya sehingga anak jirannya pula yang membantu Aishah melaporkan hal tersebut kepada polis. Nasib ada jiran tetangga yang berhati mulia sebegini.

Faisal Admar said...

keji sangat. wanita macam tu boleh pula dibuat bini kan? pelik betul dunia.

patut diberatkan lagi hukuman!

myZone | When Anuar opens to public said...

ngeri sunggoh

al-hussaini said...

to faisal admar: memang patut hukuman yang lebih berat dikenakan...dunia skang memang camni lah...kalau terlalu menekankan cinta hingga menjadi cinta itu buta..habislah...

to anuar: memang ngeri ...dan sangat menyayat hati

Faisal Admar said...

paling pelik bila dunia dah tak tahu nak membezakan manusia dan binatang.

al-hussaini said...

to Faisal Admar: perkara ni x boleh dibiasakan jika tidak mampu menilai antara manusia dan binatang...

rasanya esok nak buat set induksi pasal kes ni sebelum mengajar...

ternanti2 gak apakah yang akan dilakukan oleh Dr. Ng Yen Yen as Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga n Masyarakat tentang kes ni...

zuhaimi zul said...

emmm..binatang pon syg anak..tapi binatang tiri ader kez?? hehheheh...

biler takde iman dalam diri... manusia sama jek macam binatang najis mughallazoh..malah lebih teruk lagi...

Faisal Admar said...

induksi? tudia. hehe. induksi tu course tahan diri ka buli diri? geram tol la :P

deenoh said...

kekadang aku rasa diri kita ini lebih zalim dari Yahudi Israel

http://bloginfotips.blogspot.com

al-hussaini said...

to zul: c zul crita pasal binatang tiri ni, teringat pulak gelagat tom n jerry td x abis2 nak gaduh..haha

harap, pintu hati ibu tirinya akan terbuka utk menjadi insan yg lebih baik...

to faisal: hehe..actually xde pengalaman ikut kursus induksi...betul ke statement tahan diri @ buli diri dalam kursus induksi tu? x tau gak nih.. :)

btw, set induksi ni adalah bahasa pedagogi..sebelum mengajar tu, biasanya aku akan cuba mengaitkan tentang isu semasa menerusi berita yg aku dgr n baca dengan isi pembelajaran yg akan disampaikan. Faedahnya, supaya pelajar mempunyai pengetahuan yg lebih, mengaitkan dengan pengalaman mereka & paling penting supaya mereka bersemangat serta tertarik utk terus belajar....

(hati sangat suka & gembira apabila pelajar menumpukan perhatian dengan mata yg telus ingin tahu & terus belajar...rasa seperti sangat dhargai..)

al-hussaini said...

to deenoh:
diri kita lebih kejam dari Yahudi...oppss...bahaya tu...

 

W3C Validations

Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Morbi dapibus dolor sit amet metus suscipit iaculis. Quisque at nulla eu elit adipiscing tempor.

Usage Policies