
Terfikir sejenak...
Bukan main lancang nak mencapai Wawasan 2020. Status negara maju konon. Sekarang ni, tinggal 11 tahun saja lagi untuk menggapai impian tersebut. Entah dapat ke tidak atau sekadar impian semata-mata. Sekadar manis di mulut untuk dibicarakan.
Adam Smith sendiri pernah berkata..."Ekonomilah yang menentukan hala tuju perkembangan politik dan sosial sesebuah negara..."
Namun, masalahnya kini, apabila ekonomi negara dipacu oleh pemimpin yang korup, memandang enteng terhadap hak rakyat, kebajikan rakyat diperkotak-katikkan, lebih mementingkan diri sendiri sehingga kemewahan ditabur enak ke atas diri sendiri dan kroni, pemimpin apa tu???? Kepimpinan menjadi tauladan ke tu???? Oh! Usahlah tunjuk lagak pada zaman ni. Rakyat bukan mudah lagi diperbodohkan. Rakyat sudah pandai menilai.
Arakian, pasti kalian terkejut kenapa aku tiba-tiba mempersoalkannya. Seperti insan yang tidak bersyukurkan. Tapi, apa yang menyebabkan mata aku terbeliak, usai saja minum petang bersama teman-teman rapatku, rasa tersentuh hati melihat mereka. Kelulusan ada, tapi berbulan-bulan sudah anggur ditanam segar di laman. Sampaikan aku tersentap..."Eh, kawan...kalau nak dapat kerja, takde cable, takde orang dalam...sorry lar...kita usaha manapun, berjanggut & mati pun ko takkan dapat." Huh....kekecewaan jelas terpancar di lubuk hati mereka.
Itu dia...lihat saja di Sarawak ni. Wawasan 2020. Wawasan 2020. Sarawak negeri PENGELUAR MINYAK ok. Gas asli. Arang batu. Banyak sumber pertanian yang diusahakan kat sini. Tapi, APA HASIL??? TETAP MISKIN...Kasihan dengan rakyat kais pagi makan petang. Dahlah jalanraya berlopak-lopak, berlubang-lubang...tayar motor dan kereta jadi sasaran. Sudah di telefon...No way..takde tindakan. Baik tak payah dipaparkan talian hotline untuk pembaikan jalan tu. Buang dalam tong sampah jer.
Tambah lagi sekarang sumber air yang dapat bau macam ta**...Bil sampai hujung bulan, harga bukan main tinggi nak dibayar. Ada air untuk mandi, cuci pinggan, cuci kereta. Air tu nak diminum??? Opppss...Sorry. Memudaratkan kesihatan diri dan keluarga sahaja. Dahlah air kuning. Bau ntah apa apa. Sampai bila kami sekeluarga nak beli air token duit syiling kat kedai tu??? Kasihan la sikit dengan bayi-bayi yang baru dilahirkan tu...diorg pun nak minum air bersih. Kalau yang berkemampuan, boleh lar beli air mineral yang terjual di kedai. Kalau yang kurang berpendapatan macamana???
Rasanya, kalau kalian bertandang ke tempat aku, baru korang akan dapat rasa apa yang aku rasa. Aku pasti korang juga akan terpacul kata-kata sebegini. Melihat komuniti masyarakat di sini yang masih membutuhkan kewangan untuk keperluan sehari-hari. Huh
Tapi, apa yang pasti...kami bertujuh sebentar tadi, sebagai golongan muda akan terus memperjuangkan bersama angkatan golongan muda kami yang lain untuk terus-terusan menyedarkan yang lainnya. Betapa sesungguhnya, kita sanggah pemimpin yang lena dengan mimpinya untuk terus kaya. Jangan biarkan perasaan benci kami membuak-buak nanti. Jadilah pemimpin yang adil dan amanah. Buktikan prinsip kedua Islam Hadhari yang diagungkan tu...
Rakyat yang memutuskan kalian menjadi pemimpin. Tanpa rakyat, siapa anda???? Jangan cuba main taktik kotor lagi. Insaf-insaflah....Tunggu dan lihat...
***MEMANG BENAR KEBENARAN ITU PAHIT. Tapi, apakan daya...inilah REALITINYA...




19 comments:
kerajaan kita baik hati. air yang elok dijual ke negara jiran eg: singapore. sebab air di singapore bersih sangat2. siap leh minum air paip lagi :)
hmm paling risau sekarang ni ialah ekonomi. harap2 tak la teruk sangat kan.
to faisal admar:
best menjaga kualiti air di negara lain...huhu...
tadi, time mandi, kira nak berkumur-kumur la sebelum berus gigi. Tapi dah air paip tu masuk dlm mulut ni...aiya...luluh hati nak memberus gigi...kalaulah ada perigi, rasanya baik lagi guna air perigi...huh...
harapan besarlah ekonomi kita tidak merudum...kewangan belum stabil sepenuhnya ni..Masih lagi bertatih...
hmm. kalau merudum parah juga ekonomi dan saham. kalau diikutkan akan naik pada jun nanti. wallahualam.
ala... gosok gigi lepas tu gargle dengan listerine haha.
bersemangat nampak nya.. apa kah ciri2 negara maju yg nak di capai? agaknya dah berapa % ke arah negara maju..
tatau nak respon aper sbb berat mata memandang berat lagi bahu memikul...harap ekonomi di tahap terbaek semula dan kebajikan rakyat terpelihara tak kesah lah saper memerintahnya...peluang pekerjaan la ni mmg susah...huhuhu...
to faisal admar:
betul ker bulan Jun ni akan kembali pulih? Kita doakan bersama. Kasihan mendengar rintihan peladang kelapa sawit dan penoreh getah kat sini. Harga getah dan kelapa sawit pun jatuh nilainya...ditambah lagi dengan banjir kat kawasan penanaman kelapa sawit. Hilang pendapatan mereka...
to zino:
ciri2 negara maju yang nak dicapai adalah dalam acuan kita sendiri. Malaysia acuan Malaysia. Antaranya, bukan sekadar mementingkan pembangunan infrastruktur kelas pertama semata2 (Sarawak dah capai ke?? Byk sangat kedaifan infrastruktur kat cni), tapi turut mementingkan pembangunan rohani, intelek, emosi dan jasmani.
Ciri2 tu dapat dirujuk menerusi 9 cabaran Wawasan 2020 dan Misi Nasional negara...
to zino:
tak tahu pulak berapa peratusannya. Mungkin belum terdengar lagi orang-orang kenamaan mengutarakan statistiknya.
to Anuar:
betul tu nuar...peluang pekerjaan sekarang ni memang dah semakin menguncup. Nak jadi usahawan, modal pula takde. Nak buat loan, kena patuhi prosedur2nya. Tak ikut syarat, confirm loan x approve utk modal bisnes...huh
bukan luar bandar je yg terasa suffer..even yg kat bandar..projek kat malaysia banyak stop..not even have many to proceed..unless overseas project.tu je yg still on going..ni kan tahun lembu..so kena work harder la..jgn la memilih keja..beli n pakai yg perlu saje..or maybe leh start build a simply business..mcm ary dah start simple business.busykan dgn keja at the same time kena cari duit.stop having fun la..umur pun dah tua..haha but yg pasal quality air..memang setuju.kenapa tak invent something yg cheap tapi leh produce air yg bersih..ni cipta kereta je..sesak dah kat kl tu..ni la akibatnya ptingkan kemahuan dr keperluan..kajian mgatakan kualiti air di selatan semenanjung is worst compared to utara tau. neway strive for live k.
bukan luar bandar je yg terasa suffer..even yg kat bandar..projek kat malaysia banyak stop..not even have MONEY to proceed..unless overseas project.tu je yg still on going..ni kan tahun lembu..so kena work harder la..jgn la memilih keja..beli n pakai yg perlu saje..or maybe leh start build a SMALL business..mcm ary dah start simple business.busy dgn keja at the same time kena cari duit.stop having fun la..umur pun dah tua..haha but yg pasal quality air..memang setuju.kenapa tak invent something yg cheap tapi leh produce air yg bersih..ni cipta kereta je..sesak dah kat kl tu..ni la akibatnya ptingkan kemahuan dr keperluan..kajian mgatakan kualiti air di selatan semenanjung is worst compared to utara tau. neway strive for live k.
to ary:
thanks ary. Komen yang sangat membina. Kat tempat aku, Hotel Seri Malaysia yang nak dibina tak siap-siap. Berapa tahun dah. Terbengkalai tak sudah-sudah. Time ekonomi kukuh dulu, projek ni tak jalan juga. Tambah lagi dengan kegawatan ekonomi sekarang ni, hurm...confirm indah khabar dari rupa jer...
dulu, masa pilihanraya, bukan main lancang...kalau menang nak bina Hotel Seri Malaysia kat tempat ni. Nak tingkatkan sumber pelancongan konon. Tengok! Dah menang, mana janji kalian??? Habuk pun takde...rakyat kat sini dah muak ok dengan janji-janji kosong...AWAS! kalau takde tindakan drastik, tengok lah nanti. Rasanya diorg ni tak takut. Tak muhasabah diri dengan kekalahan di Kuala Terengganu. Kotakan janji ok sebelum lidah sendiri tergigit nanti.
Tahun lembu ni, kena struggle. Betul tu ary...sekarang ni pun, nak tambah poket money, aku kena ajar tuisyen dari rumah ke rumah. Boleh la save bajet ckit utk tampung beli minyak kreta and top up kredit hset..
lupe lak nak tanya..Ary, skang ni tengah running SMALL bisnes aper? share la ckit...mana tau boleh join utk sama melabur kalau rezeki menyebelahi nanti...hehe
wait n see.later ary attach dlm blog ek...kalo berminat ary leh share..dun worry
to ary:
orite...i will see n read it...
:)
tiap kali nak amik wuduk ..pikir duaploh kali ....gerun nengok air ...huhuhuhu....sabar je la ...me di east coast ni pun ...boleh rasa macam mana pengalaman ....geografi kita aje bedaaa....*pouty*....
to Sha:
Kekadang memang perasaan macam tu Sha kalau time nak amik wuduk. If time tu air memang keruh, kuning n berbau, confirm tutup terus pili air tu...
terus p kat air tangki (sambut dr air hujan)...lagi diyakini bersih.. gitu la caranya...
kasihan nya ....nasib baik ada alternatif...tapi ..sampai bila kan? itu kalau hujan ..what if time kemarau ...ish..tak tergambar...bak kata nuar..berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...Semoga Kesabaran kalian di beri Ganjaran Allah SWT kelak..amin...
to Sha:
Begitulah keadaannya Sha..tapi sekarang ni musim hujan, so..xde masalah lah..
tapi, kasihan la dengan orang lain yang punya baby..camna anak-anak diorg yang masih kecil nak minum air bersih erk???
kalau kita yang dah besar xpe jugak. Antibodi dah kuat ckitkan...
adakah air kat kampung ko lebey teruk dari parit raja ni? huhuhu.. aku pn dah penat minum air RO ni..
parit raja lagi ok zafir...huhu...x tau la kenapa jadi camni..harap ada tindakan dari pihak yang berkenaan...
Post a Comment