
Time mengajar tadi, tetiba ada pulak student tanya...
"Cikgu, camner nak beza kata sendi DARI dan DARIPADA ni...banyaknya kena bulat kesalahan ni. Sedih lar banyak sangat pen merah terpapar kat buku ni."kata Ain...
"Alamak..."lam hatiku berkata...
Sambil berputar2 mengelilingi kelas, sambil tu la aku berfikir ayat dan contoh yang sesuai agar penyampaian aku jelas untuk pemahaman mereka.
Coz, sudah menjadi prinsip aku, kalau kita sampaikan semula apa yang kita tahu dan diulang kembali, inshaAllah otak kita akan dapat mengingatnya dalam tempoh yang agak lama nanti.
Sebagai ingatan untuk diriku dan kalian, kata sendi nama DARI digunakan untuk menyatakan tempat,masa dan arah. Ingat je formula ATM(A=arah, T=tempat,M=masa)
Contoh mudah:
1. Kcynodia berasal dari Sarawak.
2. Dari pagi lagi ibu tiri itu menanti kedatangan anak kesayangannya. (aih..lain macam jer..hehe...)
3. Guru itu bekerja dari jam 7.00 pagi hingga jam 2.00 petang.
Manakala, kata sendi nama DARIPADA pula digunakan untuk menyatakan orang,perbandingan dan asal kejadian.
Contoh mudah:
1. Tali leher itu diperbuat daripada kain yang bermutu tinggi.
2. Hussaini menerima komen membina daripada pembacanya.
3. Hijau lebih baik daripada merah. (Oppss..zul..bina konseptual ko skang!)
Semoga kita dapat mengingatinya bersama...




15 comments:
hehe dulu selalu gak confuse. kadang2 rasa english lagi mudah kan? haha patut la BM saya asyik dapat teruk! :P
to Faisal Admar:
memang student skang pun banyak lagi confuse..sebab cuti hujung minggu aritu, pen merah yang baru dibeli dah nak habis dakwatnya membulatkan kesalahan...hihi
btw, walaupun sy guru BM & Pengajian Am, kadang2 banyak gak tatabahasa yg blum dikuasai sepenuhnya...(masih belajar & terus belajar)...lagi2 peribahasa..banyak sangat makna peribahasa yang belum dapat diingat sepenuhnya...jeles lar tengok Karam Singh Walia petah berperibahasa...
kadang2 English lebih mudah..ikut kepada situasi..pembinaan ayat lam English walaupun ringkas, tak meleret tapi straight to the point. Ayat yg dibina boleh terus sampai maksudnya..tapi grammar i blum lagi khatam sepenuhnya seperti gak lam BM..hehe
**sorry gak, coz lam menulis blog ni, kadang2 sy suke guna kata singkatan, campur aduk ngan English..Bahasa Rojak kata Ally Iskandar seperti dalam program rancangannya sendiri tadi..Rasa sinikal je diskusi Ally tadi..
budaya bahasa ringkas sms kadangkala merosak kan bahasa itu sendiri.. tambahan bila org muda yg menulis nya..
ayat..
daripada kita terus merosakkan bahasa mengguna sms ringkas .. lebih baik kita baiki nya dari sekarang..
betul ke ayat tu cikgu hehe
sat...sat...konpiush balik....ngee :D
erm dulu time belaja..selalu kena tanda merah....memang sakit ati...sedih...tapi secara positifnya....kita akan ingat sampai bila2 pe2 yg cikgu kita highlight...thank you cikgu...setiap doaku...mengiringimu...
nak ilmu tatabahasa yg sebenar dan tulen, rujuk buku tatabahasa tulisan Prof Hjh Safiah Karim..
cikgu, zul nak tya ni, apa beza BARU ngan BAHARU... Perkataan BAHARU kini byk digunakan terutama di RTM... explain plez...
terimakase chekgu.. salammmz dr me dikejauhannns..
huhu... cikgu BM, aku fail la kalo nak ingat balik.. hahaha
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
maaf..baru sekarang ada kelapangan. Komen anda akan tetap saya balas..thanks ya...
to zino:
ya..betul la ayat tu..daripada kita...mari kita sama-sama mendaulatkan bahasa kita..
to nuar:
eh..apa lagi yg confius nyer..ada yg faham lagi ker?
to ary:
lama tak ketemu dengan kamu...terima kasih dengan doa kamu...teringat pula dengan tajuk album Siti..Hadiah daripada hati...
to zul:
terima kasih dengan infonya...BARU dan BAHARU..nanti akan ku kaji ya...
to en-me:
terima kasih juga ya
to florence:
pastikan lulus balik....chaiyok..
salam,
saya setuju...bahasa itu penting...
bahasa melambangkan jiwa bangsa..
ingin mempelajari bahasa sila layari
http://profabdullah.wordpress.com/..
blog yang amat menarik...
If I'm not mistaken....baru tuk MASA...n baharu for stuff or things..produk...agaknya la...hahaha...layan
to anonymous:
bagus info menerusi wordpress yang diberi tu..banyak contoh tatabahasa yang dipertonjolkan...memang blog yang menarik...
to ARY:
betul juga pendapat kamu tu...
untuk penjelasan yang mudah kepada encik Zul, sebenarnya perkataan BARU merujuk kepada sesuatu perkara yang berlaku pada ketika itu (berkaitan juga dengan masa).
Manakala, BAHARU pula menunjukkan sesuatu yang baru ada, wujud atau dimiliki (lebih merujuk kepada benda dan lain-lain sepertimana yang diperkatakan oleh ARY tadi)
Contoh mudah:
"Saya baru sahaja menggunakan pen baharu itu."
atau...
"Cikgu baharu itu baru sahaja sampai pagi tadi."
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Harap dapat difahami oleh kalian. Ada kesilapan, sama-sama kita memperbetulkannya. :)
salam,,ouh. dah faham,
sye pn ada k'musykilan ni,,
emm,,saja dan sahaja ada beza x?
boleh cikgu terangkan?
dan lg stu,kalau guna 'pun' dlm sesuatu ayat, bila perlu dirpatkan n bila perlu dijauhkan?
huhu,,agk berbelit plk soaln sye;)
ape2 pn, terima kasih cikgu.
Hello, I need some help. Wonder if you can help...
Is this sentence correct?
'Terdiri daripada rumah kayu, bangunan pencakar langit ke hotel lima bintang yang hanya beberapa meter daripada kawasan laut.'
Is it daripada kawasan laut or dari kawasan laut?
I normally would say '5km dari ruman saya' and I think it's the same situation. Appreciate your help.
Post a Comment