Korang kenal tak?
Dah kat bahagian depan namanya Toyota, sudah tentulah dia merupakan pengasas utama untuk syarikat automobil Toyota, Jepun.
Tapi, kini telah diwariskan kepada cucunya, Akio Toyoda, Presiden terbaru Toyota. Justeru, kalau dilihat dari aspek keperkasaannya, Toyota kini telah mendahului industri automotif gergasi dunia yang lain sehingga menapak di tempat pertama pada tahun 2009 ini menyingkirkan empayar General Motor (GM) dan Chrysler. Mana tidaknya, penguasaan Toyota di seantero Asia sudah mampu menguntungkan mereka.

Pun begitu, Kcy lebih mahu menceritakan tentang kemajuan teknologi kereta hibrid yang dilakukan oleh pihak Jepun. Kalau pengeluaran kereta hibrid dari Toyota, sudah pastilah kita sinonim dengan Prius yang dikeluarkan pada pertengahan 1997. Sebenarnya, Amerika Syarikat dan Jerman sudah awal membikin teknologi hibrid ini menerusi di bawah syarikat General Motor dan teksi Microbus Hibrid.

Berbalik kepada Prius tadi, ia merupakan salah satu kereta hibrid yang berjaya di dunia. Akhirnya, pesaing terdekat, Honda turut serta melakukan kajian sehingga wujudnya Honda Civic Hybrid yang menyamai Honda Civic konvensional pada tahun 2003 selain Honda Insight pada tahun sebelumnya.
Kalau dilihat menerusi pentakrifan literal di dalam Wikipedia, kereta hibrid ini merujuk kepada kenderaan yang tidak bergantung kepada bateri semata-mata tetapi juga enjin pembakaran dalaman yang memacu generator untuk membekalkan elektrik dan juga untuk pemanduan secara langsung (ini bahasa sainsnya ok..hehe)
Untuk tambahan pengetahuan, hibrid ini merujuk kepada teknologi yang melibatkan penggunaan petrol dan juga bateri. Matlamatnya adalah untuk menjimatkan penggunaan petrol selain menjadikan kenderaan ini mesra alam dengan pengeluaran karbon dioksida yang betul-betul minimum.
Sebab itulah, pada musim kita dihangatkan dengan kes kenaikan harga minyak, kereta hibrid menjadi sebutan ramai. Cuma, yang kita hendak tekankan di sini adalah kuasanya dalam sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan pencemaran udara di dunia ini sehinggakan Akta Polisi Kecermasan Kebangsaan telah diluluskan. Menerusi akta ini, kenderaan elektrik telah ditonjolkan secara meluas diseluruh Amerika bahkan turut menawarkan potongan cukai bagi pemilik kenderaan ini.
Menerusi pembacaan Kcy sendiri, di dalam Bajet 2009, kerajaan turut mencadangkan pengecualian cukai import sebanyak 100 peratus dan pengecualian cukai eksais sebanyak 50 peratus ke atas kereta hibrid siap terpasang (CBU) baru.
Kenapa Kcy nak membincangkan pasal benda ni dengan korang?
Sebabnya, 70% pencemaran udara yang berlaku di dunia ini adalah akibat daripada penggunaan bahan api fosil terutamanya minyak. Kereta sekarang kan banyak menggunakan minyak.
Jadi, antara jawapan bagi permasalahan ini adalah dengan penggunaan kereta hibrid ni. Menerusi penelitian Kcy, kenderaan hibrid secara purata adalah 98% lebih bersih berbanding kenderaan bakaran menerusi perbandingan kadar pencemaran udara. Maksudnya apabila kenderaan hibrid menggantikan kereta tradisional, pencemaran udara dapat dikurangkan sehingga 35% setiap tahun.

Cuma, banyak halangan yang menjadikan kereta hibrid ini dipandang enteng begitu sahaja. Alasannya, kos yang mahal. Maklumlah, adalah difahamkan sebuah kereta hibrid Honda dengan enjin kapasiti 1.3 liter berharga antara RM160,000 hingga RM170,000. Kos kereta yang sama tetapi menggunakan enjin pembakaran dalam pula berharga antara RM110,000 hingga RM120,000. Ha...macamana tu?




8 comments:
logik gak kalu alasan tuh dari segi kos...kang kalu semua hybrid habih org yg tak berkemampuan cam nuar mau beli kete2 mahal nih, sian jeh...ngeee...
kempen berkongsi kereta yg dulu gomen pernah buat dlu patut semarakkan balik in terms of selamatkan bumi
situasi kos ni memang masih menjadi faktor halangan terbesar lagi.
cuma, kalau komponen-komponen dalam pembikinan kereta ni dah banyak dibuat dari pihak industri, campur dengan persaingannya, rasanya kereta ini pada tahun yang mendatang akan murah...
perlahan-perlahan..ceh...tapi perlahannya tu bila kan?
kongsi kereta? sekarang ni dengan teman seofis pun kongsi kereta. jimat minyak gak jadinya....
kalau pakai solar lagi best kan?
tak perlu lagi nak isi petrol.
bosan :D
kalau betullah cukai import tu dimansuhkan, dah lama aku rembat civic hybrid sebijik.
err.. dpt model modulo pun syiok gak nihh :p
faisal:
kalau pakai solar, nanti terberhenti lak kat tgh jln. tenaga dah abis. cana tu?
xeea:
wah wah...nak amik?
rasa-rasa, walaupun cukai import tu dimansuhkan, aku tak mampu gak nak beli...
oh.
selalu kalau bateri leh charge tepi jalan kan?
kalau solar kena ler ada spare hehe!
kereta hibrid buatan toyota skang ni dikatakan mempunyai jangka hayat sehingga 10 tahun...tapi tak tau betul ke tak. belum pernah pakai kan...
kereta elektrik lak terlalu senyap sehingga mengundang bahaya kpd pengguna jalan raya yg len.cane tuh?urm..dalam kebaikan tetap ada kelemahannya.nothin perfect rite?
Post a Comment