
Khagendra, lelaki yang berasal dari Nepal ini, baru saja berusia 17 tahun, tidak lama lagi akan menjadi sebutan umum dengan pengistiharaan sebagai LELAKI KERDIL di dunia dengan berat setakat 4.5 kg dan ketinggian lebih kurang 61 cm. Aaaa..begitulah ceritanya bagi pembuka entri pagi ini.
.
Agak lama juga tidak mengemaskinikan laman bergunung-ganang, berlembahkan ungu ini. Maklumlah, dalam minggu yang sudah-sudah, banyak menghadiri kursus.

Yang terbaru, kursus melarik dengan penggunaan Lathe Machine. Maklumlah, elemen-elemen mekanikal masih sebati dalam diri. Nak mencurahkan ilmu pada anak-anak muda, kepakaran perlu ada untuk mengendalikan mesin dengan baik agar tidak dipandang enteng oleh orang lain. Agak banyak juga proses-proses melarik yang dipelajari dari segi asasnya. Contohnya saja, facing process, roughing process, finishing process, chamfering process, knurling process dan banyak lagi.
Apabila berkursus ini, terkenang sedikit dengan kisah silam dalam menghasilkan koswer CD Interaktif untuk projek melarik ini bagi tontonan asas pelajar yang baru sahaja berjinak-jinak untuk mendekati dan mengendalikan mesin ini. Masa itu, projek untuk menghasilkan punch. Ringkasnya, turutannya dapat diperhatikan menerusi gambar-gambar di bawah ini.
1) Projek yang ingin dihasilkan. Agak simple tapi....
2) Proses pemotongan sheet metal dengan menggunakan Hacksaw Machine
3) Memasukkan workpiece ke dalam chuck
4) Facing dan Roughing process setelah mata alat dan benda kerja yang telah berada dalam keadaan centre.
5) Chamfering process pada work piece dengan sudut 8 darjah.
6) Chamfering process masih diteruskan.
7) Selanjutnya, chamfering process pada hujung work piece dengan sudut 60 darjah.
8) Knurling process. Ataupun orang Melayu kata proses membunga.


9) Knurling process masih diteruskan.
10) Inilah hasilnya. CENTRE PUNCH....
teringat juga saat itu...
akan dilanjutkan lagi nanti...




15 comments:
alala..comeynyeee dak kecik tuh.
oit, wat punch eh. baru tau proses dia. rumit gak eh.
haha... nangga proses lathe ko ya teringat zaman dekat U dolok... aku paling suka part asah mata alat... hehe... sebab ya part yang aku rasa terer... LOLs... :p
kursus rupanya ingatkan kahwin ngan ct hahaha
Huhu. Sangat informative post kali ini. :)
izza:
kalau nak tau lebih lanjut, nak bagi video sekali nih..hehe...tapi besar pula space nyer...
mysterious witch:
eh, partner kau sapa lok owh?
dah tunang ker??? kemain
tak tahu..tak tahu...
yang penting, aku nak baling batu kat honda city orang tu...haha
tahniah... dah bertunang sahabat aku tok rupanya... ngeh ngeh ngeh...
aih aih...sapa madah tok?
ceeehhhhh........
woooo patut la lama ....bertunang sehh...tahniahhhhhhhhhhhhhhhhhh so sweetttttttttttttttttttttt....kawin november ni ek ..? boleh la saya pergi kenduri jauhhhhhhhhhhhhhhh ahaks ...
hihihihi... ucap selamat juak utk cik siti yerk... hehehe...
sha:
haha, korang cerita pasal apa ni?
tak tahu, tak tahu....hehe...
kawennya belum lagi, duit belum terkumpul dengan baik lagi...
mysterious witch:
siti membalas...selamat juga untuk kamu...
so sweett...happy for both of you tho wofsha tak kenai hehehe ...aminn...
bley x tlong tnjukkan poses melarik tu? sy x paham sgt ttg function mesin larik ni..
Salam bro.. nice entry.. nak tanya skit ni.. ada lobang2 lathe machine 2nd hand murah2 x? klau ada info kat gua leh?
Post a Comment