Kcynodia
this site the web

Titipan terlewat lagi.


Masuk sudah Ogos rupanya. Tidak terasa akan lajunya detik masa. Sepulangnya Kcy dari kota metropolitan minggu lepas, ada saja kerja tertangguh. Syukur. Masih sempat untuk diusahakan agar siap. Kerja baru ada menanti. Masih memikirkan perancangan yang sistematik. Agar masa tidak mencemburui kita.

Jujurnya, banyak titipan ingin dikongsi bersama pada Julai yang lalu. Apakan daya, jari-jemari ini malas untuk melakukan kerja hebatnya untuk mengetuk punat. Cuma, pandangan mata saja yang selalu asyik membaca entri hasil tulisan rakan blogger yang lain.

Untuk pengetahuan kalian, Kcy sekarang masih dalam proses menyiapkan manuskrip. Entah akan diterima atau tidak. Mencuba untuk mencari keunikan. Ringkas. Tidak stereotaip. Masih lagi mencari idea yang tersisa. Tidak berapa berani Kcy untuk menjelaskan dengan lanjut lagi. Takut tidak kesampaian apa yang ingin dihajatkan. Hanya mengisi masa yang terluang.

Kadang-kadang hidup perlu berisiko. Membuat keputusan dengan tepat. Dalam keadaan terdesak, semua perkara boleh terjadi. Cuma, perlukan keyakinan dan keberanian. Eh, tetiba pula bercerita pasal risiko. Ya. Perlu berucap juga tentang ini.

Sahabat lama Kcy juga rupanya sering memantau perkembangan Kcynodia ini. Katanya, "Kamu perlu konsisten. Kamu kadang-kadang lari dari gaya penulisan kamu sendiri. Mungkin terpengaruh dengan bacaan-bacaan yang wujud dalam pemikiran kamu." Itu nasihatnya.

Cuma sekarang, Kcy masih perlu bantuan. Pandangan kalian. Bagaimana penulisan Kcy kini? Ada yang perlu diubah?

Jangan risau. Kcy akan berlapang dada menerima komentar kalian.

Selamat bertugas.

Al-Fatihah buat lagenda unik negara. Yasmin Ahmad. Masih terkenang.

11 comments:

Mysterious Witch said...

Erm... aku tetap rasa gaya penulisan ko memang ada class la.. hehehe.... Itu bukan Hussaini namanya kalau menulis tidak dengan daya kreativitinya.. :) Cuma kita manusia, dari semasa ke semasa, kita akan terus memperbaiki apa yang telah baik untuk menjadi yang terbaik. Kalu bukan yang terbaik pun, sekurang-kurangnya kita telah mencuba... Kan??? :)

kcynodia said...

Tq...nasihat yang baik.

Cumanya sekarang adalah perlu untuk 'kerja keras' membaca, membaca dan terus membaca.

Mahu saja ke library, tapi rasa malas tetap ada. Camney ya?

Mysterious Witch said...

ya kan... aku pun selalu terfikir mauk pergi library. tapi aku rasa beli dan simpan utk diri sendiri juak best... hehe. aku ada cita2 mauk ada sigek bilit yang penuh dengan bermacam-macam jenis buku... :)kenek tok pun hidup aku utk buku jak since aktiviti luar dah limited.. hehe

ary said...

brtul3x..bila terdesak..ditekan..kita mampu menggapai pe yg kita inginkan...maybe dis is de best time for me to start...sama la feeling dis week haha...sebelum terlambat...ada baiknya kita cantas dihadapan...

zul said...

emmm.... macam biasa... debat dan menulis 2 mende yg berbeza.. be urself n write wat u like n really know...

emmm.. teringat plak kata2 ni "jgn jadi kiambang, pucuk tak cecah awan, akar tak benam ke bumi"... fikir lah sendiri..

zamspotte said...

erm... bagiku, gaya penulisanmu memang menarik dan tersendiri... ironinya, kamu menulis dengan hebat... sehingga aku tidak tahu cara untuk memberikan komenku.. huhu....

Eazy Izzuddin said...

penulisan kamo begitu bagus..
tidak perlu ubah apa2...
just macam besh membaca penulisan kamoo...
=D

kcynodia said...

to mysterious witch:
beli sebulan 2 novel pun ok juak rasanya. time2 bujang tok ok mun nak maca novel. mun dah kawen kelak, banyak komitmen nak dipolah...hehe

engkah buku ya dalam almari kecil dolok. lama2 jadi banyak.

ary:
jom jom jom..sama2 ke hadapan...

kcynodia said...

zul:
sedang mencerap juga lah ni. mana satu dalam diri ini lebih faham akan sesuatu yang dicari.

ko cana pulak?

zamspotte:
thanks...sama2 kita memperkasakan lagi penulisan kita...

izzudin:
thanks...dalam proses menambah perbendaharaan kata lagi. maknanya perlu banyak membaca lagi...

Faisal Admar said...

kadang-kadang kita akan rasa tertekan sebab masa yang terllalu suntuk untuk membuat semua benda terutamanya apabila kita hendak buat semua benda dalam masa yang sama. saya setuju dengan kcy dengan perancangan yang sistematik :) penting tu.

mana dengan kerja, study dan yang tersayang kan? :)

kcynodia said...

kalau sudah datang rasa malas, kerja yang nak dibuat tertangguh dan makin tertangguh. Makanya, perlu kerja keras, kerja keras dan kerja keras.

tapi, enjoy kekal adalah kan...

yang tersayang faisal camana? sihat?

 

W3C Validations

Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Morbi dapibus dolor sit amet metus suscipit iaculis. Quisque at nulla eu elit adipiscing tempor.

Usage Policies