Kcynodia
this site the web

Ikan di laut...


Di balai berlepas, Kuching

Dalam minggu ini, asyik sangat ke lapangan terbang. Menghantar kengkawan. Ada yang sudah balik ke kampung halaman. Mahu bersiap-sedia meraikan Aidilfitri. Ada yang mahu mencat baru, membeli makanan, kuih-muih dan sebagainya. Itu, kata mereka.

Destinasi Kcy balik ke kampung pula pada Jumaat ini, 18hb. Masih memikirkannya juga. Sama ada mahu memakai bas atau teksi saja sesudah sampai di Kota Kinabalu kelak. Maklumlah, jauh. Dari Kuching ke KK tujunya. Kemudian, berputar balik ke Sarawak pula. Alahai. Macamana tu?

Dalam kesempatan ini juga, Kcy berharap kita sama-sama menghargai minggu terakhir berpuasa ini. Rasa sekejap sajakan. Hampir sebulan sudah. Bila malam yang ditunggu-tunggu itu akan tiba? Kalau kalian ada ketemuan, bagitau ya.

Berbalik kepada cerita di lapangan terbang, sambil menghantar ke pintu berlepas, Kcy ada terlihat sesuatu. IKAN. Tidak banyak. Dalam sepuluh ekor kesemuanya. Walaupun agak sedikit, tapi sudah cukup menceriakan. Terperangkap di dalam akuarium. Tanpa disuruh, Kcy seperti biasa, akan melakukan tugas untuk 'menangkap'nya.

Lihatlah hasilnya. Agak liar sedikit.


Tengok tu, liar. Berenang ke sana ke mari saja mereka.



Ikan yang sekor memang aktif. Berenang je kerjanya. Shutter speed Kcy pun berubah-ubah.



Cantik juga ikan kuning berbelang ni. Cuma, tak tahu apa namanya kan. Sorry, Kcy memang tak suka menghafal nama ikan. Ikan keli, terubuk, pari, haruan, duai. Itu saja yang rasanya Kcy tahu.



Tiba-tiba ada ikan berwarna biru kan. Macam ikan betina jer ??? Galak betul matanya.



Agak lama juga Kcy menanti ikan yang comel ni untuk berselindung. Cute sangat.



Tak tahulah, kenapa Kcy rasa ini adalah pic yang terbaik bagi Kcy. Walaupun sebenarnya Kcy mahu ikan comel warna biru ni menghadap ke hadapan, tapi 'dia' macam malu-malulah.


Kesemua ikan-ikan tadi dalam akuarium. Makanya, kaca akuarium agak mengganggu pemandangan sedikit. Jangan pelihara 'anak ikan' tau.

16 comments:

Sha and Forward said...

yang biru tu nama dia Dory! hehehe a.k.a my calling name also di sini ...sbb dia tomei ...hihiks

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

mcm tgk national geographic sudah! =D

mmg sekejap puasa tahun ni...tak rs, hari demi hari berlalu pantas

Kcynodia said...

sha:
Dory? biar betul...apa maksudnya tu?

nuar:
haha...ada je idea kamu ya nuar...
memang berlalu pantas..mebi sebab kerja byk kot...

ary said...

jeles coz ary tak pandai lg

xeea said...

suke nemo yg main nyorok2 tuh.
kiut!

btw, hasil 'tangkapan' yg baik!
bravooo

Sha and Forward said...

hehehe kcy ..dory tu sama feature mcm dory finding nemo ..tapi vukan species yang kcy shot tu ...

hmm..nampak gayanya kcy kene hadiahkan DSLR la kat orang tu besday dia october nanti..bleh dia belajar capture ngan kcy *wink* wink*

Sha and Forward said...

btw kcy ..yang biru dalam gambo kcy tu ...species Regal Tang ( ni cite betui..) jenis duk lam marine aquaria..ada macam2 lagi spupu spapat dia ...omniverous ...makan plankton ja...suka duk dalam reefs...cousin Dory Mory gak neh... :)

ary said...

i smells sumting...huhuhu

farryiedz-awiengz said...

haha..bual2 psl raya..bla cgu blik?
pki pa? ku blik ari khamis ni...
haha...awal..jgn jelessszzzz...

Kcynodia said...

ary:
hehe...kumpullah duit. beli n kita tukar-tukar idea..boleh?

sha:
hebat juga Sha erk pasal spesies ni erk.
Hadiahkan dslr? fulamak...tak makan sebulan nanti Kcy. Hehe...

Kcynodia said...

xeea:
pandai nemo tu beraksikan..hehe
belajar2 lagi nih...

ary:
smell sumting?
macamana dia tau ary?

Sha said...

kcy: ehemmm..."dgr" nie...

zul said...

amboi..aku hampir mendapat sebuah D90 semalam..malangnya misi OKT terpaksa didahulukan...

eh, 'anak ikan' yg ko bela dah dilepaskan ker? ops..lariiikkkk

ary said...

hahaha...ntah..ary pun dah ada new buddy n skang melekat duk snap sana sini..nak lawan lid la

Kcynodia said...

zul:
wah wah wah! mulut ko. mengalahkan azwan ali...

apa misi okt tu?

ary:
dah capture tu, upload lar lam blog...

Sha said...

kcy: abaikan aje la i said that ...anyhow ..eid mubarak to u n the whole sarawak.

 

W3C Validations

Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Morbi dapibus dolor sit amet metus suscipit iaculis. Quisque at nulla eu elit adipiscing tempor.

Usage Policies