Tinggalnya kampung halaman

Author: Kcynodia / Labels:


Kampung halaman sudah ditinggalkan


Sudah seminggu kampung halaman ditinggalkan. Sudah seminggu jua kerja yang berlambak-lambak ditinggalkan. Baharu saja kini, tangan menggaru-garu. Tak tahu. Mana satu yang ingin dijangkau. Ada saja kerja yang bertimbun. Itulah akibatnya kalau sudah bercuti lama. (tapi, tidak lama mana pun).

Belum sempat lagi Kcy mengupload gambar-gambar di sekitar musim raya di kampung. Nanti, ada kelapangan akan dimuatkan. Mahu melangsaikan segala kerja dulu. Duit poket pun sudah kehabisan. Menunggu gaji 8hb ni. Rasa lama pula.

Selamat berpuasa enam di bulan Syawal.


Kek lapis angkasawan tak dilupa



suasana di malam raya


sanak-saudara beraya ke rumah




alif bersama ibunya. selalu menangis. tapi pantang sekali melihat cahaya.



anak buah yang sorang ni, ada saja gayanya di musim raya

Pembunuh bersiri sebelum pulang

Author: Kcynodia / Labels:

Pagi-pagi seisi rumah sudah riuh. Gegak gempita jadinya. Apa tidaknya. Mangsa pembunuhan telah tertangkap. Kalau sudah terbunuh, pastinya sudah matikan.

Kematiannya menyebabkan kami bersorak gembira. Pagi sahur yang menceriakan. Tapi, diselubingi bau. Bau yang kurang menyenangkan.

Siapakah mangsa pembunuhan tersebut?

TIKUS.

TIKUS yang selalu mencuri makanan. Menebuk maggi kegemaran kami. Yang selalu main sorok-sorok. Laju pula berlari. Akhirnya, dengan kuasa GAM TIKUS, diperangkap dengan memaparkan lebihan KEK LAPIS, TIKUS tersebut akhirnya terpedaya. Menggelupur berlumpurkan gam. Haha. (jahat tak kami serumah?)


Haha. Akhirnya, mati juga engkau wahai sang tikus.


Bau bangkainya memang tak dapat dijelaskan. Dibuang terus di tong sampah hijau. Biarkan dia. Cuma, ada seekor lagi yang belum kedapatan. AWAS! Siri pembunuhan akan dilakukan seusai saja Hari Raya ini nanti.

Pagi sahur ini hanya makan berulamkan mee indomie. Ringkas dan cepat. Yang penting, niatnya.


Kasihan benar kawan yang seorang ni. Berselera makan mee goreng indomeenya.


Selesai saja bersahur, Kcy terus saja packing. Maklumlah, Kcy akan BALIK KAMPUNG hari ni. Kcy ambil cuti. Semoga perjalanan Kcy hari ini lancar semahunya. Harap tiada delay hari ini. Penerbangan Kcy daripada Kuching ke Kota Kinabalu bermula pada pukul 9 pagi ini. Sampai di sana pukul 10.30 pagi.


Ringkas. Tidak perlu membawa banyak barangan.


SELAMAT HARI RAYA semua. Akan Kcy khabarkan berita lagi apabila Kcy sampai di kampung halaman terindah kelak. Bye!

Ikan di laut...

Author: Kcynodia / Labels: ,


Di balai berlepas, Kuching

Dalam minggu ini, asyik sangat ke lapangan terbang. Menghantar kengkawan. Ada yang sudah balik ke kampung halaman. Mahu bersiap-sedia meraikan Aidilfitri. Ada yang mahu mencat baru, membeli makanan, kuih-muih dan sebagainya. Itu, kata mereka.

Destinasi Kcy balik ke kampung pula pada Jumaat ini, 18hb. Masih memikirkannya juga. Sama ada mahu memakai bas atau teksi saja sesudah sampai di Kota Kinabalu kelak. Maklumlah, jauh. Dari Kuching ke KK tujunya. Kemudian, berputar balik ke Sarawak pula. Alahai. Macamana tu?

Dalam kesempatan ini juga, Kcy berharap kita sama-sama menghargai minggu terakhir berpuasa ini. Rasa sekejap sajakan. Hampir sebulan sudah. Bila malam yang ditunggu-tunggu itu akan tiba? Kalau kalian ada ketemuan, bagitau ya.

Berbalik kepada cerita di lapangan terbang, sambil menghantar ke pintu berlepas, Kcy ada terlihat sesuatu. IKAN. Tidak banyak. Dalam sepuluh ekor kesemuanya. Walaupun agak sedikit, tapi sudah cukup menceriakan. Terperangkap di dalam akuarium. Tanpa disuruh, Kcy seperti biasa, akan melakukan tugas untuk 'menangkap'nya.

Lihatlah hasilnya. Agak liar sedikit.


Tengok tu, liar. Berenang ke sana ke mari saja mereka.



Ikan yang sekor memang aktif. Berenang je kerjanya. Shutter speed Kcy pun berubah-ubah.



Cantik juga ikan kuning berbelang ni. Cuma, tak tahu apa namanya kan. Sorry, Kcy memang tak suka menghafal nama ikan. Ikan keli, terubuk, pari, haruan, duai. Itu saja yang rasanya Kcy tahu.



Tiba-tiba ada ikan berwarna biru kan. Macam ikan betina jer ??? Galak betul matanya.



Agak lama juga Kcy menanti ikan yang comel ni untuk berselindung. Cute sangat.



Tak tahulah, kenapa Kcy rasa ini adalah pic yang terbaik bagi Kcy. Walaupun sebenarnya Kcy mahu ikan comel warna biru ni menghadap ke hadapan, tapi 'dia' macam malu-malulah.


Kesemua ikan-ikan tadi dalam akuarium. Makanya, kaca akuarium agak mengganggu pemandangan sedikit. Jangan pelihara 'anak ikan' tau.

Tumbuh-tumbuhan

Author: Kcynodia / Labels:


Daripada duduk, tidak berbuat apa-apa. Lebih baik membuat sesuatu. Yang memberi ketenangan diri.


Tadi, ada kelapangan, terus saja melakukan hobi. Tangkap sana. Tangkap sini.

Selalunya, seorang diri saja. Tapi, kali ini bertiga. Ada geng. Jadi, takdelah membosankan. Boleh bertukar-tukar idea untuk 'setting' men'setting'. Tapi, hari sudah mau gelap. Mahu hujan. Makanya, cepat-cepat mengambil gambar.

Tema hari ini sekadar bermain-main dengan tumbuh-tumbuhan.

Walaupun masih beginner, tapi, JOM LAYAN sama-sama. Sekadar koleksi peribadi.



Teman se"penangkap"...hehe...siap beraksi lagi...


Menuju ke destinasi


Ada sungai kecil mengalir di sepanjang tempat mengambil pic kali ini.


kalau jatuh air tu dari daun baru bestkan. Tapi, tak sanggup pula nak menunggunya.


siapa tahu, apa nama flora ni?


Ada juga yang layu


rupanya, bunganya sebegini untuk flora yang ini


di laman sekolah dulu, memang banyak bunga ni. Tapi, sepanjang umurku 26 tahun ni, Kcy tak tahu pun apa nama bunga ni.huhu...


Mr. Yap suka benar akan pic yang ni. Bunga raya, bunga kebangsaan kita.


semut pun join sekali


Suka dengan serangga dan belalang. Tiba-tiba ada...



rasanya, inilah best pic yang Kcy tangkap hari ini. Terima kasih kepada belalang kerana memahami. Sudi menjadi model. Sanggup tidak terbang ke sana ke mari. Tak sabar rasanya nak membeli macro lens. (Kumpul duit dulu...)

Rakyat Gembira Harga Minyak Naik

Author: Kcynodia / Labels: ,

Kcy ada menerima emel dari seorang kawan semalam. Masih terasa panas juga. Lebih-lebih lagi sekarang mahu menyambut musim perayaan Hari Raya Aidilfitri. Sekadar renungan pembacaan.


Kuala Lumpur , 1 Sept – Awal pagi lagi stesyen minyak sekitar Lembah Kelang dikunjungi oleh ramai pengguna kenderaan yang berpusu-pusu untuk mendapatkan bekalan minyak dengan harga baru. Harga RON97 dinaikkan kepada RM2.00/liter, manakala RON95 pula akan naik kepada RM1.80/liter, bermula hari ini.

Mereka yang mengunjungi stesyen minyak kelihatan melonjak-lonjak kegembiraan dengan pengumuman kenaikan harga minyak yang dibuat pada lewat petang semalam.
Pengguna bersyukur dengan kenaikan tersebut dan dengan langkah itu maka berakhirlah masalah kemarau harga minyak yang melanda negara sejak berhari-hari lamanya.

Antara pengunjung stesyen minyak yang ditemubual, Sharifah Rozana, 35, berkata,”Langkah ini adalah langkah hebat. Saya rasa bersyukur. Sekurang-kurangnya suami saya akan kembali menggunakan motosikal untuk berulang alik ke tempat kerja. Dapatlah saya guna kereta untuk menghantar anak ke sekolah. Saya berharap agar harga dinaikkan lagi agar suami saya naik bas dan dia akan tinggalkan motosikalnya di rumah, untuk saya guna”.

Seorang ibu yang ditemui juga menyatakan terimakasihnya kepada kerajaan kerana menaikkan harga minyak. “Lepas ni anak saya yang selalu balik lewat malam akan balik cepat sikitlah. Taklah dia merayau-rayau sangat dengan kawan-kawannya.” katanya gembira. Beliau menambah “Suami saya pun dah bagitau nak berhenti merokok kerana nak pakai duit rokok tu untuk tampung beli minyak pulak.”

Sementara seorang kakitangan kilang yang enggan namanya didedahkan berkata, “Saya sebenarnya dah lama tunggu kenaikan harga minyak ni. Bila harga baru disebut, saya terus datang ke stesyen minyak untuk mendapatkan bekalan. Alhamdulillah, doa saya termakbul akhirnya. Dengan kenaikan harga minyak ini dapatlah saya merayakan hari raya tahun ini dengan serba sederhana dan tidak berlebih-lebihan seperti tahun lepas.”

Samion bin Songkreng, 43, yang bekerja sebagai pencuci tandas berkata, “Dengan kenaikan harga minyak ini, dapatlah saya menumpukan perhatian saya pada kerja. Sebelum ini saya selalu ponteng dan bersiar-siar naik motosikal bersama kawan ketika waktu kerja. Malam tadi, majikan sudah pun menghubungi saya dan dia mengucapkan tahniah kepada saya. Beliau cukup perihatin.”

Manakala seorang pembonceng motosikal yang berjaya ditemubual, En. Harun bin Jamian, 25, yang bekerja sebagai tukang masak berkata, “Tak payah interview saya …. Saya tak beli minyak bang, saya tumpang motor kawan jer. Tapi bang, Minyak naik tak apa asal jangan kena selsema babi.”

Wartawan kami sempat menemubual seorang kakitangan asing, warga Bangladesh , berkata,”Bahasa Malaysia , shaya tak tau shakap. Bos shakap ‘Merah’, ‘Hizau’ minyak lama, ‘kuning’ minyak baru. Abang berapa mahu isi?. Abang beli bendera RM1.00 satu. Terima kasheh.”

Gersang Bumi Tanpa Hujan, Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman, Gersang Jiwa Tanpa Amal.

Jalan-jalan lagi

Author: Kcynodia / Labels: , ,

Rasa senang hati mendengar suara tahfiz membacakan surah-surah dalam Al-Quran. Lancar bacaannya.

Itu kisah kepergian tarawikh minggu lepas. Kali ini, pergi lagi. Tapi, awal sedikit. Mahu menyaksikan gambarannya di waktu siang. Akhirnya dapat. Tidak terlalu siang sangat. Agak kemalapan juga. Maklumlah, sudah 6.40 petang.



Pandangan di siang hari



Pandangan di malam hari


Hari sudah mahu beranjak Maghrib. Tiba masa mahu berbuka.

Berbuka di luar lagi. Bila pula masanya untuk memasak sendiri di rumah. Masak di rumah lagi jimat. Boleh dipakai ramuan yang dibeli untuk makan berhari-hari. Cuma, masakan sendiri kadang-kadang, liur rasa lain. Lainlah kalau ada isteri yang memasaknya. Tak puas hati menunggu lama agaknya.

Ini tidak. Kalau rajin memandu jauh, makan di gerai-gerailah jawabnya. Kalau malas makan di luar, makan sambil menonton QAMAR BANI HASHIM di Astro Oasis pukul 6 hingga 7 malam (siap promote lagi), maka berjalan-jalanlah Kcy di Bazaar Ramadhan dengan niat untuk menapau.

Cuma tadi, mahu kelainan sedikit menu makanannya. Ada penambahan. Satay. 40 sen sebatang. (Mahu saja makan satay Sipitang. Tapi, jauh)


Setakat air bandung pink saja


Satay ayam dan daging


Masa balik, lagu Destinasi Cinta berputar. Tentu saja dedikasi buat Ary dan Anuar untuk Tok Ti kalian. :)